Saturday 25 February 2012

PELAKSANAAN KONSEP PERKESO (konsep 4P)




PENGUATKUASAAN

- Merancang & memastikan bahawa semua majikan dan pekerja yang layak dilindungi di bawah AKSP 1969 dan Peraturan (Am) Keselamatan Sosial pada tahun 1971.PENCEGAHAN- Merancang dan meningkatkan pekerja kebajikan masyarakat melalui programkeselamatan dan kesihatan PEMULIHAN- Merancang dan memastikan perluasan skop perkhidmatan perubatan dan pemulihanserta meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup untuk kembali bekerjaPAMPASAN - Merancang dan memastikan bahawa semua tuntutan faedah di bawah skimperlindungan keselamatan sosial berdasarkan prinsip-prinsip proses yang adil, cepat dan tepat selaras dengan prosedur yang selaras dengan tujuan dan keperluan AKSP(1969) dan PPAKSP (1971)



FAEDAH PENDIDIKAN




Anak-anak penerima faedah hilangupaya kekal Berkala PERKESO, boleh membuat permohonan bagi faedah ini. Untuk maklumat lanjut mengenai faedah ini, sila dapatkan risalah berkenaan atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my

FAEDAH PEMULIHAN




Kemudahan bagi pemulihan jasmani dan vokasional secara percuma kepada pekerja yang menerima hilangupaya kekal.

Pemulihan jasmani termasuk:
  • Fisioterapi
  • Terapi pekerjaan
  • Pembedahan rekonstruktif
  • Bekalan anggota tiruan seperti kaki/tangan/gigi/dan mata palsu
  • Bekalan (serta pembaikkan dan penggantian) alat-alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kaliper, dan kasut otopedik
  • Program 'Return to Work'
Pemulihan vokasional termasuk:
  • Latihan vokasional dalam bidang kursus seperti pendawaian elektrik, jahitan, membaiki radio/TV,
  • ketukangan logam, membaiki peti sejuk dan hawa dingin, pemasangan paip, menaip, dan kesetiausahaan.
Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan.



FAEDAH PENGURUSAN MAYAT




Amaun sebanyak RM1500 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima faedah hilangupaya kekal berkala.
Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengkebumian itu.

Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM1500 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.


Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap dan kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan:

  • Borang Permohonan (Borang 26)
  • Perakaunan Kematian*


FAEDAH ORANG TANGGUNGAN




Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungan berhak menerima faedah ini.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.

Tertakluk kepada:

  • Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari) manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.

Cara Tuntutan
Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:
  • Borang Permohonan (Borang 24)
  • Sijil Kematian Pekerja*
  • Sijil Kelahiran bagi semua anak*
  • Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*
  • Kad Pengenalan Balu/duda (mana berkenaan)*
  • Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
  • Borang Permohonan (Borang 24)
  • Sijil Kematian Pekerja*
  • Sijil Pekerja yang meninggal dunia*
  • Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*
  • Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*
  • Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO


ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)




Orang Berinsurans yang menerima taksiran Hilangupaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar Elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.


FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA




Pembayaran Faedah

  • Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk medapat pembayaran, jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
  • Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanaun, faedah tidak akan dibayar pada hari-hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:
  • Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
  • Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan)

Cara Tuntutan
     Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  • Borang 21 (Laporan Kemalangan)
  • Borang 10 (Borang Tuntutan)
  • Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
  • Borang PKS (F) l (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
    
  Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:
  • Laporan Polis
  • Peta lakar tempat kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:
  • Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
  • Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
  • Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
  • Borang 10 (jika ada cuti sakit)
    
 Borang dokumen yang lengkap hedaklah dikumukakan kepada
 pejabat PERKESO di mana majikandidaftarkan.


Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua beals (12) bulan akan ditolak.



FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL




Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya itu.

Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.

Tempoh Tuntutan
Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
Kadar harian ialah 90% daripada gaji harian purata anggapan Orang Berinsurans dan tertakluk kepada kadar minimum RM10.00 sehari manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.

Cara Tuntutan
Orang Berinsurans harus membuat permohonan bertulis kepada pejabat PERKESO yang berkenaan dan  untuk dirujuk kepada Jemaah Doktor sila lampirkan sekali dokumen-dokumen berikut:
  • Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
  • Borang 10 (Borang Tuntutan)
  • Borang PKS (F) l (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
  • Nombor dan salinan buku akaun bank untuk pembayaran terus ke akaun simpanan
Cara Pembayaran Faedah
Kes akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilangupaya. Orang Berinsurans akan diberitahu taksiran tersebut.

Sekiranya hilangupaya kekal itu ditaksirkan tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara berkala walaubagaimanapun, pekerja boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal atau sekaligus.

Sekiranya hilangupaya kekal itu ditaksirkan tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara berkala walaubagaimanapun pekerja boleh memohon supaya bayaran 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan baki kadar harian faedah tersebut dibayar secara berkala dan secara pencen  bulanan sepanjang hayat.

Orang Berinsurans yang sedang menerima faedah hilangupaya kekal masih boleh meneruskan pekerjaannya.
Sekiranya Orang Berinsurans atau PERKESO tidak berpuas hati ke atas taksiran tersebut, permohonan rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan Jemaah Doktor disampaikan kepada Orang Berinsurans.




FAEDAH PERUBATAN




  • Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau mengidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
  • Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih.
  • Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja.
  • Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi, dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat rawatan perubatan buat pertama kali, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada klinik panel PERKESO:
  • Borang 21 (Laporan Kemalangan)
  • Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan Penyakit Khidmat) atau
  • Surat Pengenalan daripada majikan


Bayaran Ganti Belanja (BGB)
Bagi rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan Bayaran Ganti Belanja kepada pejabat PERKESO berkenaan dan untuk mendapat kelulusan tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO.


Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat tuntutan Bayaran Ganti Belanja, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada pejabat PERKESO:
  • Borang PKS (P) 24 (Borang Tuntutan Perjalanan Bayaran Balik)
  • Borang PKS (P) 26 (Borang Tuntutan BGB Am Resit asal)
  • Salinan Kad Rawatan (Appointment Card)
  • Salinan Lporan Perubatan (jika ada)



FAEDAH-FAEDAH DI BAWAH SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN






SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN




Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau sesuatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.

PERLINDUNGAN
Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

1. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya
  •  Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

2. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
  •  Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.
  •  Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan. 
  • Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya. (dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu)
3. Kemalangan Semasa Kecemasan
  • Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana. Contohnya kebakaran.
4. Penyakit Khidmat
    Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh rujuk di
    Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Contoh:
  • Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.
  • Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.



BAGAIMANA CARA UNTUK MEWUJUDKAN TEMPAT KERJA YANG SELAMAT?




Tahap Pentadbiran
  • Sediakan polisi atau dasar kesihatan dan keselamatan untuk organisasi.
  • Lantik komiti bagi kesihatan dan keselamatan yang terdiri dari pihak pengurusan dan juga kakitangan.
  • Berbincang selalu mengenai isu-isu keselamatan di tempat kerja.
  • Mencatat setiap kemalangan dan nyaris kemalangan dan seterusnya membuat penilaian untuk langkah pencegahan.
  • Berikan pekerja latihan dan pendidikan mengenai amalan cara kerja yang selamat.
  • Sediakan peti kecemasan yang diisikan dengan keperluan-keperluan perubatan kecemasan.

Penggunaan Elektrik Yang Selamat

  • Jangan sama sekali menggunakan sambungan litar elektrik yang melebihi had.
  • Jangan gunakan sambungan elektrik yang rosak - tampalkan amaran untuk pengetahuan semua.
  • Jangan cuba membaiki alatan elektrik yang rosak - kerja tersebut mestilah dilakukan oleh orang yang layak/mahir.

Pengunaan Alat Perkakas Dengan Selamat

  • Berikan latihan kepada pekerja tentang penggunaan mesin dengan selamat.
  • Alat penghadang mesin hendaklah dipasang kepada mesin yang ada risiko terjadinya kecederaan.
  • Hindarkan dari membuat pembaikpulihan, pengubahsuaian, atau pemeliharaan sesuatu mesin tanpa kebenaran.
  • Gunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian jika perlu.

Penggunaan Alat Perlindungan Keselamatan Diri Yang Betul

  • Jika boleh, hindarkan punca bahaya di tempat kerja - alat perlindungan keselamatan diri hanyalah digunakan jika punca bahaya tersebut tak dapat dikawal.
  • Sentiasa menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian dengan tugas dan tegaskan penggunaannya.
  • Alat perlindungan keselamatan diri hendaklah dipelihara selalu - ganti alat perlindungan keselamatan diri yang sudah rosak.

Persekitaran Kerja Selamat

  • Pastikan tempat kerja sentiasa kemas.
  • Pastikan tempat laluan tidak terhalang - jika perlu tandakan garisan kuning untuk menunjukkan laluan kecemasan.
  • Gunakan bahan lantai yang tidak licin untuk mengelakkan dari tergelincir dan jatuh - bersihkan sebarang tumpahan dengan segera.
  • Pastikan peredaran udara yang baik dan efektif bagi mewujudkan suhu bilik yang selesa.
  • Pastikan tahap pencahayaan yang mencukupi.
  • Stor hendaklah disusun dengan teratur dan semua barang mestilah dilabel. Hindarkan dari menyimpan bahan kimia atau racun serangga bersama-sama dengan minuman atau makanan.
  • Paparkan tanda-tanda keselamatan di mana perlu seperti jangan merokok, laluan kecemasan dan sebagainya.
  • Perkakas, mesin dan tempat duduk hendaklah yang ergonomik dan selesa untuk digunakan.
  • Berikan kemudahan tandas, tempat cuci, tukar baju, tempat rehat dan sebagainya.

Keselamatan Kebakaran

  • Pasangkan alat pemadam api dan hos di tempat kerja dan pastikan ianya selalu diperiksa.
  • Tandakan tempat berkumpul semasa kecemasan.
  • Paparkan pelan evakuasi semasa kecemasan.
  • Lakukan latihan kebakaran dengan bantuan pihak bomba.

Penggunaan Bahan Kimia Dengan Selamat

  • Gantikan bahan kimia yang berbahaya dengan bahan yang lebih selamat jika boleh.
  • Tanda semua bekas bahan kimia
  • Simpan data keselamatan penggunaan bahan (MSDS) bagi rujukan
  • Gunakan alat perlindungan keselamatan diri yang disyorkan jika perlu seperti penutup mulut, sarung tangan, kacamata keselamatan, dan sebagainya.
  • Sediakan pencuci mata dan tempat mandi kecemasan jka diperlukan.


Sunday 19 February 2012

DEFINISI KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN




Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.