- Merancang & memastikan bahawa semua majikan dan pekerja yang layak dilindungi di bawah AKSP 1969 dan Peraturan (Am) Keselamatan Sosial pada tahun 1971.PENCEGAHAN- Merancang dan meningkatkan pekerja kebajikan masyarakat melalui programkeselamatan dan kesihatan PEMULIHAN- Merancang dan memastikan perluasan skop perkhidmatan perubatan dan pemulihanserta meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup untuk kembali bekerjaPAMPASAN - Merancang dan memastikan bahawa semua tuntutan faedah di bawah skimperlindungan keselamatan sosial berdasarkan prinsip-prinsip proses yang adil, cepat dan tepat selaras dengan prosedur yang selaras dengan tujuan dan keperluan AKSP(1969) dan PPAKSP (1971)
Saturday, 25 February 2012
FAEDAH PENDIDIKAN
Anak-anak penerima faedah hilangupaya kekal Berkala PERKESO, boleh membuat permohonan bagi faedah ini. Untuk maklumat lanjut mengenai faedah ini, sila dapatkan risalah berkenaan atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my
FAEDAH PEMULIHAN
Kemudahan bagi pemulihan jasmani dan vokasional secara percuma kepada pekerja yang menerima hilangupaya kekal.
Pemulihan jasmani termasuk:
Pemulihan jasmani termasuk:
- Fisioterapi
- Terapi pekerjaan
- Pembedahan rekonstruktif
- Bekalan anggota tiruan seperti kaki/tangan/gigi/dan mata palsu
- Bekalan (serta pembaikkan dan penggantian) alat-alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kaliper, dan kasut otopedik
- Program 'Return to Work'
Pemulihan vokasional termasuk:
- Latihan vokasional dalam bidang kursus seperti pendawaian elektrik, jahitan, membaiki radio/TV,
- ketukangan logam, membaiki peti sejuk dan hawa dingin, pemasangan paip, menaip, dan kesetiausahaan.
Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan.
FAEDAH PENGURUSAN MAYAT
Amaun sebanyak RM1500 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima faedah hilangupaya kekal berkala.
Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengkebumian itu.
Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM1500 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap dan kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan:
Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengkebumian itu.
Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM1500 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap dan kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan:
- Borang Permohonan (Borang 26)
- Perakaunan Kematian*
FAEDAH ORANG TANGGUNGAN
Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungan berhak menerima faedah ini.
Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.
Tertakluk kepada:
Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.
Tertakluk kepada:
- Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari) manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.
Cara Tuntutan
Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:
- Borang Permohonan (Borang 24)
- Sijil Kematian Pekerja*
- Sijil Kelahiran bagi semua anak*
- Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*
- Kad Pengenalan Balu/duda (mana berkenaan)*
- Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO
Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
- Borang Permohonan (Borang 24)
- Sijil Kematian Pekerja*
- Sijil Pekerja yang meninggal dunia*
- Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*
- Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*
- Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon
*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO
ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)
Orang Berinsurans yang menerima taksiran Hilangupaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar Elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.
FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA
Pembayaran Faedah
- Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk medapat pembayaran, jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
- Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanaun, faedah tidak akan dibayar pada hari-hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.
Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:
- Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
- Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan)
Cara Tuntutan
Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Borang 21 (Laporan Kemalangan)
- Borang 10 (Borang Tuntutan)
- Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
- Salinan Kad Pengenalan
- Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
- Borang PKS (F) l (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:
- Laporan Polis
- Peta lakar tempat kejadian
Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:
- Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
- Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
- Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
- Borang 10 (jika ada cuti sakit)
Borang dokumen yang lengkap hedaklah dikumukakan kepada
pejabat PERKESO di mana majikandidaftarkan.
pejabat PERKESO di mana majikandidaftarkan.
Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua beals (12) bulan akan ditolak.
Subscribe to:
Posts (Atom)