Saturday 25 February 2012

BAGAIMANA CARA UNTUK MEWUJUDKAN TEMPAT KERJA YANG SELAMAT?




Tahap Pentadbiran
  • Sediakan polisi atau dasar kesihatan dan keselamatan untuk organisasi.
  • Lantik komiti bagi kesihatan dan keselamatan yang terdiri dari pihak pengurusan dan juga kakitangan.
  • Berbincang selalu mengenai isu-isu keselamatan di tempat kerja.
  • Mencatat setiap kemalangan dan nyaris kemalangan dan seterusnya membuat penilaian untuk langkah pencegahan.
  • Berikan pekerja latihan dan pendidikan mengenai amalan cara kerja yang selamat.
  • Sediakan peti kecemasan yang diisikan dengan keperluan-keperluan perubatan kecemasan.

Penggunaan Elektrik Yang Selamat

  • Jangan sama sekali menggunakan sambungan litar elektrik yang melebihi had.
  • Jangan gunakan sambungan elektrik yang rosak - tampalkan amaran untuk pengetahuan semua.
  • Jangan cuba membaiki alatan elektrik yang rosak - kerja tersebut mestilah dilakukan oleh orang yang layak/mahir.

Pengunaan Alat Perkakas Dengan Selamat

  • Berikan latihan kepada pekerja tentang penggunaan mesin dengan selamat.
  • Alat penghadang mesin hendaklah dipasang kepada mesin yang ada risiko terjadinya kecederaan.
  • Hindarkan dari membuat pembaikpulihan, pengubahsuaian, atau pemeliharaan sesuatu mesin tanpa kebenaran.
  • Gunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian jika perlu.

Penggunaan Alat Perlindungan Keselamatan Diri Yang Betul

  • Jika boleh, hindarkan punca bahaya di tempat kerja - alat perlindungan keselamatan diri hanyalah digunakan jika punca bahaya tersebut tak dapat dikawal.
  • Sentiasa menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang bersesuaian dengan tugas dan tegaskan penggunaannya.
  • Alat perlindungan keselamatan diri hendaklah dipelihara selalu - ganti alat perlindungan keselamatan diri yang sudah rosak.

Persekitaran Kerja Selamat

  • Pastikan tempat kerja sentiasa kemas.
  • Pastikan tempat laluan tidak terhalang - jika perlu tandakan garisan kuning untuk menunjukkan laluan kecemasan.
  • Gunakan bahan lantai yang tidak licin untuk mengelakkan dari tergelincir dan jatuh - bersihkan sebarang tumpahan dengan segera.
  • Pastikan peredaran udara yang baik dan efektif bagi mewujudkan suhu bilik yang selesa.
  • Pastikan tahap pencahayaan yang mencukupi.
  • Stor hendaklah disusun dengan teratur dan semua barang mestilah dilabel. Hindarkan dari menyimpan bahan kimia atau racun serangga bersama-sama dengan minuman atau makanan.
  • Paparkan tanda-tanda keselamatan di mana perlu seperti jangan merokok, laluan kecemasan dan sebagainya.
  • Perkakas, mesin dan tempat duduk hendaklah yang ergonomik dan selesa untuk digunakan.
  • Berikan kemudahan tandas, tempat cuci, tukar baju, tempat rehat dan sebagainya.

Keselamatan Kebakaran

  • Pasangkan alat pemadam api dan hos di tempat kerja dan pastikan ianya selalu diperiksa.
  • Tandakan tempat berkumpul semasa kecemasan.
  • Paparkan pelan evakuasi semasa kecemasan.
  • Lakukan latihan kebakaran dengan bantuan pihak bomba.

Penggunaan Bahan Kimia Dengan Selamat

  • Gantikan bahan kimia yang berbahaya dengan bahan yang lebih selamat jika boleh.
  • Tanda semua bekas bahan kimia
  • Simpan data keselamatan penggunaan bahan (MSDS) bagi rujukan
  • Gunakan alat perlindungan keselamatan diri yang disyorkan jika perlu seperti penutup mulut, sarung tangan, kacamata keselamatan, dan sebagainya.
  • Sediakan pencuci mata dan tempat mandi kecemasan jka diperlukan.


No comments:

Post a Comment