Saturday 25 February 2012

FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA




Pembayaran Faedah

  • Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk medapat pembayaran, jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
  • Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanaun, faedah tidak akan dibayar pada hari-hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada:
  • Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)
  • Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan)

Cara Tuntutan
     Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  • Borang 21 (Laporan Kemalangan)
  • Borang 10 (Borang Tuntutan)
  • Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
  • Borang PKS (F) l (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
    
  Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:
  • Laporan Polis
  • Peta lakar tempat kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:
  • Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
  • Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
  • Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
  • Borang 10 (jika ada cuti sakit)
    
 Borang dokumen yang lengkap hedaklah dikumukakan kepada
 pejabat PERKESO di mana majikandidaftarkan.


Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua beals (12) bulan akan ditolak.



2 comments:

  1. Misalnya seseorang itu sedang bercuti sakit yakni selepas menjalani pembedahan selama 3 bulan atau lebih, adakah beliau berhak mendapatkan kos sara diri harian selama beliau tidak boleh bekerja?

    ReplyDelete
  2. Mohon pencerahan daripad pihak socso/perkeso.terima kasih

    ReplyDelete