Saturday 25 February 2012

FAEDAH PERUBATAN




  • Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau mengidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
  • Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih.
  • Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja.
  • Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi, dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat rawatan perubatan buat pertama kali, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada klinik panel PERKESO:
  • Borang 21 (Laporan Kemalangan)
  • Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan Penyakit Khidmat) atau
  • Surat Pengenalan daripada majikan


Bayaran Ganti Belanja (BGB)
Bagi rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan Bayaran Ganti Belanja kepada pejabat PERKESO berkenaan dan untuk mendapat kelulusan tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO.


Cara Tuntutan
Untuk memohon dan seterusnya mendapat tuntutan Bayaran Ganti Belanja, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada pejabat PERKESO:
  • Borang PKS (P) 24 (Borang Tuntutan Perjalanan Bayaran Balik)
  • Borang PKS (P) 26 (Borang Tuntutan BGB Am Resit asal)
  • Salinan Kad Rawatan (Appointment Card)
  • Salinan Lporan Perubatan (jika ada)



3 comments:

  1. Saya umur 23 muhammad amin 0166796766 sudah hantar semua detil2 yang nak..saya ibu jari kaki kanan putus dan anak dua MC hospital krajaan semua surat2 dari hopital krajaan..ples tlong saya sudah hantar 2bulan ditil semua

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum.... basic gaji saya 1200... umur 39 tahun.... huk 4%.... berapa yang saya dapat ye..

    ReplyDelete
  3. Salam saya nk bertanya agak agak lulus ke tak saya punya tuntutan hilang upaya kekal.kecederaan
    Fracture radius and ulna
    Fracture tibia and fibula
    Fracture humerus
    Fracture femur
    Fracture neck of femur

    ReplyDelete