Wednesday 7 March 2012

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN




Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah berkuatkuasa mulai 25 Februari 1994. Matlamat utama akta ini adalah untuk memupuk komitmen majikan dan pekerja terhadap amalan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja di dalam semua jenis pekerjaan termasuk sector pertanian & penternakan. Penguatkuasaan Akta ini adalah satu langkah kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta mencegah kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi memastikan pekerja-pekerja dapat bekerja dalam keadaan selamat dan sihat.


                                            
  

Sektor Pertanian dan Penternakan
Sektor pertanian dan penternakan merupakan sektor penting yang memberi sumbangan utama kepada pembangunan ekonomi Negara. Sebagai sektor yang sedang diberi focus utama oleh pihak kerajaan untuk menjadi lebih dinamik dan moden, sudah pasti banyak perubahan penstrukturan dan penambahan tenaga kerja yang dilakukan. Hakikat bahawa sektor pertanian dan penternakan terdedah kepada kemalangan tempat kerja yang sangat berbahaya dengan kadar industry. Berdasarkan fakta ini, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja semasa bekerja perlulah diberi perhatian supaya sektor ini kekal proaktif dan berdaya saing.

Kewajipan Sebagai Majikan
Majikan hendaklah memastikan segala aktiviti kerja yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya atau boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. Majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah seperti berikut:
  •  Menyelenggara tempat kerja, jentera dan peralatan dalam keadaan selamat.
  •  Mengadakan system pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  •  Mengadakan maklumat arahan, latihan dan penyeliaan untu memastikan pekerja selamat masa bekerja.
  •  Memastikan semua pekerja mengetahui kemungkinan bahaya yang wujud semasa bekerja
  •  Memastikan bahan-bahan yang digunakan dalam keadaan selamat.
  •  Mengenalpasti bahaya, menilai dan seterusnya mengawal bahaya dan
  •  Melaporkan kejadian berbahaya atau kemalangan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berhampiran secepat mungkin
      Kewajipan Anda Sebagai Kontraktor
        Jika majikan mengambil kontraktor atau sub-kontraktor, majikan mempunyai tanggungjawab yang sama ke atas pekerja-pekerja kontraktor dan sub-kontraktor tersebut sebagaimana pekerja anda selagi mereka di bawah kawalan anda. Kontraktor atau sub-kontraktor itu juga mempunyai tanggungjawab yang sama  ke atas semua pekerjanya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.
          
      Kewajipan Anda Sebagai pekerja      
     
  S  Sebagai seorang pekerja, anda mestilah :
  •       Mematuhi dan mengamalkan prosedur kerja selamat dan sihat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan
  •       Menggunakan dan menjaga semua alat perlindungan diri yang dibekalkan oleh pihak majikan sepanjang masa
  •       Mendapatkan maklumat-maklumat serta risalah – risalah berkaitan dengan keselamatan dan
  •       Kesihatan pekerjaan di sektor pertanian dan penternakan yang telah disediakan oleh majikan dan
  •       Melaporkan kepada majikan dengan segera sekiranya mengalami sebarang kejadian berbahaya atau kemalangan
      Penalti
      Bagi mana-mana majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 50000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali
      
      Bagi mana-mana pekerja yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 1000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali

        Bahaya Yang Memudaratkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja-Pekerja di Ssektor Pertanian dan Penternakan

1.       Bahan Kimia
o   Penyimpanan
o   Pengendalian dan Penyemburan
o   Pembuangan ( Penggunaan, jenis bahan kimia dan bahaya kepada pekerja )
2.       Jentera dan Mesin
o   Traktor
o   Peralatan
3.       Bunyi Bising
4.       Pengendalian Haiwan Ternakan ( Lembu, kambing, biri-biri, babi, ayam dan lain-lain
5.       Elektrik
6.       Penyakit Pembawaan Haiwan ( Nipah, selsema burung )
7.       Mengangkat beban secara manual




No comments:

Post a Comment