Wednesday 7 March 2012

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PENGANGKUTAN KERETAPI






Kewajipan Anda Sebagai Majikan
  • Menyelenggara tempat kerja, jentera dan peralatan dalam keadaan selamat
  • Mengadakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Mengadakan maklumat , arahan , latihan dan penyeliaan untuk memastikan pekerja selamat semasa bekerja
  • Berbincang dengan pekerja tentang keselamatan dari kesihatan semasa bekerja
  • Memastikan bahan-bahan yang dibawa dalam keadaan selamat
  • Mengenalpasti bahaya, menilai dan seterusnya mengawal bahaya
  • Melaporkan kejadian berbahaya kemalangan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berhampiran secepat mungkin
Kewajipan Anda Sebagai Pekerja
  • Mematuhi dan mengamalkan prosedur kerja selamat dan sihat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan
  • Menggunakan dan menjaga semua alat perlindungan diri yang dibekalkan oleh pihak majikan sepanjang masa
  • Mendapatkan maklumat-maklumat serta risalah-risalah  berkaitan dengan keselamatan jalan raya  yang disediakan oleh majikan dan
  • Melaporkan kepada majikan dengan segera sekiranya mengalami sebarang kejadian berbahaya atau kemalangan
Penalti
Bagi mana-mana majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 50000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali

Bagi mana-mana pekerja yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 1000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali

Perkara-Perkara Yang Perlu Perhatian Oleh Setiap Pekerja Di Sektor Pengangkutan Keretapi
  1. Adakah anda mengetahui polisi keselamatan dan kesihatan syarikat anda ?
  2. Adakah anda mengetahui dan dilatih mengenai sistem kerja selamat untuk tugasan yang anda lakukan ?
  3. Adakah anda mengalami segala masalah kesakitan otot atau kesihatan setelah melakukan tugasan anda di tempat kerja ?
  4. Adakah anda tahu atau diberitahu tentang bahaya yang dihadapi di tempat kerja ?
  5. Adakah anda tahu atau diberitahu tentang cara untuk menangani bahaya di tempat kerja supaya dapat bekerja dengan selamat ?
  6. Bagi pekerja-pekerja yang menjalankan tugasan di bahagian landasan perlu menjalankan kerja dengan sekurang-kurangnya 2 orang, seorang akan bertindak sebagai pemerhati
  7. Bagi pekerja-pekerja yang menjalankan tugasan di bengkel anda hendaklah menggunakan alat pelindung diri yang sesuai untuk mengelakkan sebarang kecelakaan kecederaan atau masalah kesihatan
  8. Keselamatan elektrik amatlah mustahak untuk dipelajari dan diaamalkan untuk mengelakkan kemalangan 



No comments:

Post a Comment