Wednesday 7 March 2012

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PERIKANAN





Apakah Bahaya-Bahaya Semasa Bekerja di Jeti Pendaratan dan Bot Menangkap Ikan?
  • Terhidu gas-gas beracun
  • Kekurangan oksigen ketika bekerja di ruang terkurung seperti petak simpanan ikan, bilik enjin dan bilik sejuk
  • Kemalangan melibatkan jentera seperti terhimpit, terhempap, tersepit antara objek, terpotong jari, dan terjatuh
  • Terkena kejutan elektrik
Apakah Yang Harus Anda Lakukan Jika Terdedah Kepada Hidrogen Sulfida (H2S)
  • Keluar dari tempat berbahaya dengan segera
  • Basuh muka, mata dan badan dengan air bersih
  • Dapatkan rawatan dengan segera
Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Memasuki Ke Tempat Yang Mengandungi Gas Hidrogen Sulfida (H2S)
  • Mengukur tahap gas Hidrogen Sulfida (H2S);
  • Membuang gas yang wujud dengan cara mengepam air kotoran keluar dari petak simpanan ikan dan pada masa yang sama menambah dengan air bersih
  • Memakai salah satu daripada peralatan pelindung diri berikut bagi tujuan menyelamat:
    • SCBA (Self Contained Breathing Appratus)
    • SABA (Supplied Air Breathing Appratus)
    • EEBA (Escape Breathing Appratus)
    • Gas Canister
  • Sentiasa bekerja dengan dibantu oleh rakan (buddy system)





No comments:

Post a Comment