Wednesday 7 March 2012

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PEMBALAKAN





Kewajipan Anda Sebagai Majikan
  • Menyelenggara tempat kerja, jentera dan peralatan dalam keadaan selamat
  • Mengadakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Mengadakan maklumat , arahan , latihan dan penyeliaan untuk memastikan pekerja selamat semasa bekerja
  • Berbincang dengan pekerja tentang keselamatan dari kesihatan semasa bekerja
  • Memastikan bahan-bahan yang dibawa dalam keadaan selamat
  • Mengenalpasti bahaya, menilai dan seterusnya mengawal bahaya
Kewajipan Anda Sebagai Pekerja
  • Mematuhi dan mengamalkan prosedur kerja selamat dan sihat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan
  • Menggunakan dan menjaga semua alat perlindungan diri yang dibekalkan oleh pihak majikan sepanjang masa
  • Mendapatkan maklumat-maklumat serta risalah-risalah  berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor pertanian dan penternakan yang telah disediakan oleh majikan dan
  • Melaporkan kepada majikan dengan segera sekiranya mengalami sebarang kejadian berbahaya atau kemalangan
Penalti
Bagi mana-mana majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 50000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali

Bagi mana-mana pekerja yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 1000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali

Apa Yang Perlu
  • Merancang terlebih dahulu supaya kerja pembalakan dapat dilakukan dengan selamat.
  • Menilai kawasan kerja sebelum menebang pokok
  • Memastikan laluan untuk selamatkan diri dari pokok sebelum penebangan pokok dibuat
  • Memastikan arah tumbangan pokok sesuai dengan kerja mengeluarkan balak selepas itu
  • Memastikan arah kecondongan pokok berdasarkan balak, dahan dan cabang dengan menggunakan plumb bob
  • Memastikan potongan muka dibuat mengadap arah tumbangan. Potongan muka mestilah kemas dan 1/3 hingga 1/5 dari perepang (garis pusat) pokok
  • Memastikan tiada orang di sekitaran dalam jarak dua ketinggian pokok yang akan tumbang. Beri amaran:
  • Potongan balas hendaklah 1 inci lebih tinggi dari paras potongan muka. Jangan habiskan potongan dan
  • Bergerak ke tempat yang selamat dan pastikan tiada bahaya dari dahan mati atau yang patah semasa pokok tumbang






No comments:

Post a Comment