Wednesday 7 March 2012

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PENGANGKUTAN JALAN RAYA





Pengangkutan jalan membawa  maksud mengisi , mengangkat, memunggah , menurun penumpang, bahan dan binatang oleh kenderaan bermotor.

Kewajipan Anda Sebagai Majikan 
Pemilik, pemunya atau pengendali syarikat pengankutan jalan raya hendaklah memastikan segala  aktiviti kerja yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya atau boleh memudharatkan kepada pekerja dan orang awam. Majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk 
  • Menyelenggara tempat kerja, jentera dan peralatan dalam keadaan selama
  • Mengadakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Mengadakan maklumat , arahan , latihan dan penyeliaan untuk memastikan pekerja selamat semasa bekerja
  • Berbincang dengan pekerja tentang keselamatan dari kesihatan semasa bekerja
  • Memastikan bahan-bahan yang dibawa dalam keadaan selamat
  • Mengenalpasti bahaya, menilai dan seterusnya mengawal bahaya
  • Melaporkan kejadian berbahaya kemalangan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berhampiran secepat mungkin
Kewajipan Anda Sebagai Kontraktor
Jika majikan mengambil kontraktor atau sub-kontraktor, anda mempunyai tanggungjawab yang sama ke atas pekerja-pekerja kontraktor dan sub-kontraktor tersebut sebagaimana pekerja anda selagi mereka di bawah kawalan anda. Kontraktor atau sub-kontraktor itu juga mempunyai tanggungjawab yang sama ke atas semua pekerjanya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.

Kewajipan Anda Sebagai Pekerja

      Sebagai seorang pekerja anda mestilah :
  • Mematuhi dan mengamalkan prosedur kerja selamat dan sihat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan
  • Mengamalkan pemanduan berhemat pada setiap masa semasa memandu
  • Menggunakan dan menjaga semua alat perlindungan diri yang dibekalkan oleh pihak majikan sepanjang  masa
  • Mendapatkan maklumat-maklumat serta risalah-risalah  berkaitan dengan keselamatan jalan raya  yang disediakan oleh majikan dan
  • Melaporkan kepada majikan dengan segera sekiranya mengalami sebarang kejadian berbahaya atau kemalangan    
Penalti
Bagi mana-mana majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 50000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali  

Bagi mana-mana pekerja yang gagal menjalankan tanggungjawab dan sabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak RM 1000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali

10 Cara Pemanduan Selamat
  1. Semua pemandu dikehendaki memandu keadaan selamat dan penuh berhati-hati mengikut undang-   undang jalan raya serta menghormati pengguna jalan raya serta menghormati pengguna jalan raya yang lain.
  2. Semua pemandu haruslah sihat dan cergas untuk memandu kenderaan yang digunakan 
  3. Semua pemandu hendaklah memiliki lesen memandu yang sah dan diberi latihan secukupnya
  4. Tali pinggang keselamatan hendaklah dipasang pada tempat duduk pemandu dan penumpang dan pastikan ianya sentiasa dipakai
  5. Semua pemandu tidak dibenarkan mengambil penumpang ( kenderaan barang-barang sahaja )
  6. Penggunaan telefon bimbit dilarang sama sekali semasa memandu kecuali menjawab panggilan menggunakan “ handsfree kit”
  7. Pemandu mestilah berehat setelah memandu untuk 30 minit setelah memandu selama 3 hingga 4 jam
  8. Kenderaan hanya dibenarkan berhenti di tempat yang dikhaskan sahaja , jika berlaku kecemasan, kon keselamatan hendaklah diletakkan pada jarak yang sesuai
  9. Merokok adalah dilarang semasa memandu , menaik dan menurunkan bahan di tempat pelanggan kecuali di tempat yang telah dikhaskan untuk merokok dan
  10. Pemeriksaan ke atas kenderaan adalah dimestikan sebelum memandu. Pemeriksaan berkalan adalah dimestikan ke atas semua kenderaan




No comments:

Post a Comment