Tuesday 6 March 2012

PANDUAN MENGELAKKAN KEMALANGAN SEMASA MENANGKAP IKAN






Berikut adalah antara kemalangan, kejadian dan penyakit yang mungkin berlaku semasa kerja mengkap ikan dan langkah-langkah untuk mengatasi.

  • Bot karam / terbalik
    • tidak melebihi muatan yang dihadkan
    • mengetahui cuaca semasa
    • mahir mengendali vessel
  • Keracunan- ruang terkurung
    • pastikan terdapat Pengedaran udara dibilik enjin
    • buka petak ikan dengan masa mencukupi
  • Kebakaran
    • jauhkan gas dan minyak dari punca api
    • jauhkan dari membuat litar pintas
    • pendawaian letrik sempurna
  • Terjatuh dalam air
    • lantai disediakan ''Anti-slip''
    • tali pukat disusun kemas
    • kekemasan di tempat kerja perlu diberi perhatian                                  
  • Kecederaan
    • adang jentera
    • ikut prosedur atau arahan
    • menyelenggara peralatan

Kewajipan Anda Sebagai Pemilik
Setakat yang munasabah:
  • Menyediakan vessel selamat dalam pelayaran
  • Menyelenggara vessel, jentera dan peralatan dalam keadaan selamat
  • Vessel yang dibuat hendaklah mengikut standard atau kaedah pembuatan selamat yang dipraktikkan
  • Menyediakan peralatan perlindungan diri
  • Jika terdapat pengubahsuaian pada vessel, pastikan tidak mendatangkan kesan kepada kestabilan vessel
  • Mempromosi kaedah bekerja dengan selamat
  • Melaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terdekat jika berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian, insiden bahaya, keracunan atau penyakit pekerjaan
  • insiden bahaya
    • kemalangan nyaris
    • kebakaran
    • terjatuh di laut



Kewajipan Sebagai Master (tekong)
Setakat yang munasabah:
  • Menyelenggara vessel, jentera dan peralatan supaya tidak mendatangkan bahaya keselamatan dan kesihatan kepada krew (awak-awak)
  • Memastikan keselamatan dan kesihatan bagi dirinya krew dan orang lain semasa menjalankan operasi
  • Menyediakan maklumat arahan, latihan dan penyeliaanyang perlu untuk diri sendiri krew (awak-awak) dan orang lain
  • Melaporkan kepada pemunya vessel semua kecederaan yang memerlukan bantuan perubatan dan mencatatkan dalam buku log di vessel
  • Menyiasat kemalangan yang menyebabkan kecederaan ke atas krew (awak-awak)
  • Memastikan tindakan diambil bagi membetulkan keadaan tidak selamat dan menyebabkan bahaya
  • Memastikan krew berehat secukupnya supaya tidak menimbulkan bahaya bagi dirinya dan orang lain
  • Memastikan jentera dan peralatan diselenggara supaya dapat digunakan dengan selamat

Kewajipan Anda Sebagai Krew
Setakat yang munasabah:
  • Menggunakan peralatan, perkakas keselamatan yang disediakan
  • Memastikan keselamatan & kesihatan bagi dirinya dan orang lain akibat dari perbuatannya semasa membuat kerja
  • Memberi kerjasama kepada pemunya, master (tekong) dan krew (awak-awak) lain dalam menjalankan kerja
  • Memakai alat perlindungan diri atau pakaian yang dikehendaki dari melindungi dari kecederaan dan penyakit
  • Melaporkan kecederaan dan penyakit kepada master (tekong) serta merta
  • Mematuhi arahan dan langkah-langkah yang telah disediakan oleh pemunya atau master (tekong)
  • Memaklumkan kepada pemunya atau master keadaan tidak selamat dan kecacatan pada peralatan



No comments:

Post a Comment